​
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 06 April 2023 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held religious activities as part of the RBAirF Outreach Ramadhan Programme at different mosques. The Outreach Ramadhan Programme was decentralized to three different mosques namely, Pengiran Muda Abdul Malik Mosque, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Mosque and Lambak Berakas Mosque.
Present during the event at the Pengiran Muda Abdul Malik Mosque was Lieutenant Colonel (U) Zulkhairin bin Haji Ibrahim, Assistant Chief of Staff, RBAirF Headquarters. Also, in attendance at respective locations were RBAirF Senior Officers, Officers, personnel of the RBAirF. The event commenced with the mass Fardhu Isya' Prayers, Sunnat Tarawih and Witir prayers. The event continued with the recitation of Surah Al-Fatihah and a Tadarus Al-Quran with the mosque congregants. The event concluded with the handing over of donations to the mosque and a photo session with the members of the mosque committee.
Concurrently, the Head of Delegation at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Mosque was Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie and Lambak Berakas Mosque was Lueutenant Colonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh.
This outreach activity is part of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF)'s Ramadhan Outreach Program to strengthen relations with the community and mosque committees outside of the military camps and installations.

TUDB MENGADAKAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADHAN DI MASJID-MASJID DAERAH BRUNEI-MUARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 06 April 2023 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan aktiviti keagamaan sebagai sebahagian daripada Program Jangkauan Ramadhan Peringkat TUDB di beberapa lokasi. Program Jangkauan Ramadhan tersebut dikendalikan secara serentak di tiga buah masjid iaitu Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Masjid Lambak Berakas.
Hadir pada acara di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik adalah Leftenan Kolonel (U) Zulkhairin bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Staf, Markas TUDB. Turut hadir bersama di lokasi yang berlainan adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB. Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Sunat Tarawih dan Witir bersama Jemaah masjid. Acara diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tadarus Al-Qur'an. Acara diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid kampung tersebut dan sesi bergambar ramai bersama jemaah takmir masjid.
Ketua Perwakilan di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie, manakala di Masjid Lambak Berakas adalah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh.
Acara ini adalah sebahagian dari Program Jangkauan Ramadhan yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) untuk mengeratkan silaturrahim dengan penduduk serta takmir masjid diluar perkhemahan tentera.